Bekas Suami Mampu Beri Nafkah RM878 Sahaja? 2 Bulan Menduda Khawin Baru

Kisah rumah tangga Alvin Faiz dan Larissa Chou yang merupakan influencer terkenal yang hanya mampu bertahan selama 5 tahun sahaja menjadi isu hangat. Lelaki tersebut merupakan anak kepada pendakwah terkenal dan pernah berjanji untuk mengajar ilmu agama islam kepada isterinya yang juga merupakan seorang mualaf. 
Suami nikah dengan janda rakan baik sendiri, 2 bulan jadi duda
Namun begitu, rumah tangga mereka telah di akhiri dengan dakwaan terhadap Alvin Faiz yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai bapa yang baik. PerPerkhawinan mereka berakhir sebelum drama balas membalas yang bermula di IG story, Larissa juga pernah mendedahkan bahawa bekas ibu mertuanya pernah membuat akaun palsu untuk menyebarkan fitnah terhadapnya demi mempertahankan maruah anak lelakinya. Lebih mengejutkan apabila Alvin yang baru berstatus duda selama 2 bulan telah bernikah dengan janda rakan baiknya sendiri. 
Mampu beri anak nafkah RM878 sahaja... Keperluan bernilai RM3000
Di sangka permasalahan mereka telah selesai, Namun, drama mereka kembali hangat apabila isu terkini adalah mengenai nafkah anak. Peguam menjelaskan Muhammad Yusuf layak menerima sebanyak Rp10 juta iaitu bersamaan RM3000, setelah di ambil kira aspek pakaian, makanan dan rawatan kesihatan. Walaupun begitu, si ayah hanya mampu memberikan sebanyak Rp3 juta bersamaan RM878 sahaja. 
Bekas isteri tak mengharap dapat nafkah kerana masih mampu sara diri sendiri
Di samping itu, Larissa menyatakan yang dia tidak mengharapkan nafkah kerana dia masih mampu menyara diri sendiri dengan job berlakon. Namun begitu, influencer lelaki itu membidas dakwaan Larissa dan enggan mendedahkan nilai nafkah yang di berikan kepada anaknya yang berusia 4 tahun itu.

Sumber: Kisah Dunia
TAG