Dakwa Netizen Lebih Rindukan Sungai Dari Mak Ayah, Gitaris Hujan Mohon Maaf

Sejak beberapa hari yang lalu kecoh di media sosial beberapa video mengenai kawasan rekreasi yang 'dibanjiri' manusia. Tidak di nafikan punca nya adalah kelonggaran merentas Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang diberikan kepada semua individu yang lengkap dua dos vaksin Covid19. Walaupun begitu, perkara ini amat membimbangkan kerana ramai yang tidak mengikuti SOP dan membuang sampah merata-rata.

@herkkkk

fasa 2 punya penangan 🤣 #fyp #rakyatmalaysia #keras

♬ suara asli - devioh

Nampak ramai sangat yang lebih rindukan sungai dan laut dari mak ayah sendiri

Semalam, hangat di perkatakan mengenai sindiran kepada mereka yang keluar beriadah di laut dan sungai oleh gitaris kumpulan hujan di Twitter. Kebanyakan netizen seolah-olah tidak berpuas hati apabila AG Coco membandingkan perkara tersebut dengan mak ayah di kampung. Mereka berpendapat penyataan tersebut adalah kurang pintar walaupun trend berikut di kecam ramai. 

 

@shugr.co

Buat baik tak suka buat jahat tak suka #sungaipisangwaterfall #gombak #pisang

♬ original sound - De'Nuckells

Maaf atas kekhilafan aku yang mengundang kemarahan semua orang 

Susulan daripada itu, dia tampil menjelaskan secara terperinci mengenai status yang telah di salah tafsir oleh segelintir masyarakat. Dalam tweet terbarunya juga, AG Coco memohon maaf kerana khikilafannya dalam membuat penyataan yang mengundang kemarahan netizen di twitter.

Parents aku kat Kedah pun dah lama tak jumpa & raya macam dulu... Niat cuma sebar kesedaran

Ujarnya lagi, niat asal tweet tersebut di muat naik adalah untuk sebar kesedaran semua pihak. Dia mengakui bimbang jika trend tersebut akan menyumbang kepada kenaikan kes yang boleh membuatkan seluruh Malaysia 'lockdown' kembali. Ini akan menyebabkan lagi lama untuk bertemu ibu-bapa masing-masing. Justeru itu, dia akan lebih berhati-hati dengan setiap penyataan yang di buatnya pada masa akan datang. 





Sumber: Erin Sakura

 

TAG