"Family Memang Takda Cleft" - Redah Ketentuan Ilahi,,Ibu Sebak Bayi Sumbing


Setiap ibubapa pastinya sangat teruja dan tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka. Kedua ibubapa akan membuatkan persiapan yang terbaik semenjak disahkan hamil. Namun begitu, hati ibubapa mana yang tidak pilu apabila bayi yang di lahirkan diuji dengan masalah kesihatan. Itulah situasi yang dialami oleh penceramah motivasi terkenal Andika Putera dan isteri tercintanya. 
Tak post gambar bukan sebab takut orang mengata atau malu... Tapi tunggu Alisha besar sikit
Menerusi instagram Andika, akhirnya dia berkongsi gambar cahaya matanya yang dilahirkan pada 10 ogos lalu. Dia menyatakan bukan malu untuk berkongsi wajah anaknya yang menghidap sumbing, Namun, dia menunggu puterinya berusia mencecah 44 hari terlebih dahulu. Dia juga memaklumkan bahawa mengetahui keadaan anaknya itu dari usia kandungan isterinya 5 bulan lagi. Khabar itu sangat memberi kesan kepada isterinya yang bersedih selama seminggu sejak dari Doktor memaklumkannya. 

Dalam family memang takda cleft pun... Mula-mula tak terima sebab anak perempuan sulung 

Pada awalnya, mereka berdua amat risau kerana memikirkan anak mereka akan menerima tamparan yang sangat hebat apalagi bila dia meningkat dewasa kelak. Isteri kepada pakar motivasi itu pada awalnya tidak dapat menerima hakikat tersebut kerana memandangkan salasilah keluarganya yang tidak pernah mengalami kecacatan tersebut. Namun, kini dia dan suaminya mengubah persepsi mereka dna berfikiran lebih positif. 

 

Bulan 11 Alisha akan buat pembedahan kecil untuk bibir

Selepas reda dengan ketentuan Illahi, mereka kini berusaha mencari ikhtiar untuk merawat Alisha Puteri termasuklah dengan sebuah operation kecil 3 bulan lagi. Susulan daripada itu, Andika dan isterinya mengharapkan doa orang ramai agar semuanya berjalan dengan lancar. 

 





Sumber: Erin Sakura

 

TAG