Gadis Sebak Jumpa Ayah Selepas 21 Tahun Terpisah, Tak Pernah Jumpa Ayah Sejak Kecil

Tidak semua orang bertua mendapat keluarga yang sempurna dan bahagia. Ada yang telah kehilangan ibu atau ayah atas sebab kematian, ada juga akibat keruntuhan rumah tangga. Namun begitu, bagi perpisahan akibat keruntuhan rumah tangga, teknologi sekarang memudahkan pertemuan kembali sama seperti kisah gadis ini. 
Dulu pernah cari ayah tapi takda rezeki lagi nak jumpa
Merujuk kepada perkongsian video di applikasi TikTok, seorang gadis telah berkongsi kisah terpisah dengan ayah kandung akibat daripada kedua ibu-bapanya telah membawa haluan masing-masing. Dia dan kakaknya telah berusaha untuk mencari ketua keluarga mereka menggunakan pelbagai platform seperti sosial media dan televisyen. Namun mereka gagal. 
Kami menangis bila dapat telefon dan dengar suara ayah... Tak sangka selepas 21 tahun terpisah
Rezeki dia dan kakaknya apabila anak buah ayah mereka memberi nombor isteri baru bapa mereka. Selepas itu, mereka terus membuat panggilan telefon dan berasa sebak sejurus mendengar suara ayah mereka. Lebih mengembirakan apabila mereka terus merancang untuk berjumpa keesokkan harinya agar mereka dapat bercerita panjang. 
Selama ini ayah hanya lihat kami melalui gambar... Usaha saya dan kakak tak sia-sia selama ini
Pada awal pertemuan mereka, gadia berkenaan mengakui berasa agak kekok dengan ayah kandungnya kerana pertama kali berjumpa, bukan itu sahaja mereka juga berasa sebak apabila ayah mereka mula memeluk sambil menangis kerana terlalu gembira akhirnya dapat berjumpa dengan anak-anaknya yang selama ini hanya mampu di lihat melalui kepingan gambar. 

@bysnooze

Syukur Alhamdulillah Ya Allah, my hero is back after 21 years!! doakan saya semoga kebahagiaan ni kekal sampai bila bila :’) 🤍

♬ Ayah - Seventeen


 



Sumber: Erin Sakura

TAG