GKP 4.0 : Tarikh Bayaran RM1000 Untuk PKS (September & November)

Tarikh Bayaran GERAN KHAS PRIHATIN (GKP 4.0)

Demi kelangsungan PKS mikro dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19, Kerajaan telah pun menyalurkan RM1 bilion atau RM1,000 bagi setiap PKS mikro yang telah pun dikreditkan pada pertengahan Jun 2021 menerusi GKP 3.0 dan tambahan RM500 bagi setiap PKS mikro akan mula dibayar pada 12 Julai 2021 secara berperingkat.

Telegram Rasmi https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan 

Bagi GKP 4.0 yang diumumkan di bawah Pakej PEMULIH, penyaluran akan dibuat kepada penerima sedia ada dan baharu pada bulan September dan November 2021.

Terkini, PM Ismail Sabri mengumumkan bahawa pembayaran pertama GKP 4.0 akan dibuat bermula pada 21 September 2021.

Bagi inisiatif GKP, Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM6.1 bilion untuk memanfaatkan 1 juta PKS mikro.

Selain dari itu, terdapat juga inisiatif-inisiatif lain seperti dana pinjaman mudah berjumlah RM2.9 bilion melalui Bank Simpanan Nasional, Agrobank, MARA, SME Corp, YAPEIM dan TEKUN, serta dana pinjaman mudah oleh Bank Negara Malaysia berjumlah RM8.6 bilion yang disediakan bagi membantu PKS dan PKS mikro.

Berikut dikongsikan info lanjut tentang bantuan GKP 4.0 yang diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media Khas tersebut.

Apakah Geran Khas Prihatin 4.0?

Bagi membantu kelangsungan PKS, Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan bagi membantu perniagaan yang terjejas.

Geran Khas Prihatin 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Permohonan baharu bagi PKS mikro yang belum pernah menerima GKP boleh dibuat pada 15-31 Julai 2021.

Tarikh Permohonan Baharu

Menurut Menteri Kewangan, tarikh permohonan baharu bagi PKS mikro yang belum pernah menerima GKP adalah mulai 15 Julai hingga 31 Julai 2021.

Jumlah Bayaran Bantuan GKP 4.0

Jumlah Bayaran Tambahan GKP 4.0 adalah seperti berikut:

  • RM 500 – Dibayar pada September 2021
  • RM 500 – Dibayar pada November 2021

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan umum bagi membuat permohonan Geran Khas Prihatin adalah seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP 1.0, 2.0 atau 3.0 sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Permohonan GKP 4.0

Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi
GKP (https://gkp.hasil.gov.my).

Sila rujuk langkah-langkah membuat permohonan beserta nota penerangan untuk mengisi borang dengan lengkap di SINI:

Semakan Status Bayaran GKP 4.0

Semakan status permohonan baharu dan tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 boleh dibuat secara dalam talian apabila tarikh rasmi diumumkan menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my).

Langkah semakan status pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Log masuk sebagai pengguna dan masukkan ID (no kad pengenalan) dan kata laluan.
  3. Status anda akan dipaparkan seperti di bawah.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan PKS & PKS mikro, sila layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di
talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Apakah GKP 4.0?

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapakah yang layak menerima Geran Khas Prihatin 4.0?

PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:
– Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
– Permohonan baharu GKP 4.0

Berapakah nilai bantuan Geran Khas Prihatin 4.0?

Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
– Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 yang berstatus Lulus : RM1,000 (2 Fasa)
– Lulus permohonan baharu Geran Khas Prihatin 4.0 : RM1,000 (2 Fasa)

Apakah syarat untuk membuat permohonan baharu Geran Khas Prihatin 4.0?

Syarat kelayakan seperti berikut:
a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun
2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Bagaimanakah kaedah permohonan Geran Khas Prihatin 4.0?

Permohonan baharu Geran Khas Prihatin 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

Sila rujuk: Cara Mohon GKP 4.0 (Panduan Mengisi Borang Geran Khas Prihatin 4.0)

Bilakah tarikh permohonan baharu Geran Khas Prihatin 4.0 bermula?

Permohonan baharu Geran Khas Prihatin 4.0 akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Bilakah pembayaran Geran Khas Prihatin 4.0 akan dibuat?

Pembayaran Geran Khas Prihatin 4.0 akan dibuat secara berperingkat seperti berikut:
– Fasa 1 (21 September 2021) : RM500
– Fasa 2 (November 2021)* : RM500

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan
mengenai status permohonan Geran Khas Prihatin 4.0?

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan Geran Khas Prihatin 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Sumber : GKP / Harianpost

Telegram Rasmi https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan 

TAG