Ibu Terkilan Duit Purple Ghaib Di Terbangkan Belon, Rupanya...

Sudah menjadi trend sekarang menyambut hari istimewa seseorang menggunakan kaedah surprise delivery dengan pelbagai cara yang unik. Yang paling viral adalah kejutan 'belon duit terbang' yang membuatkan orang yang melihatnya boleh sesak nafas. 
Baru nak exited anak bagi surprise, tiba-tiba belon duit terbang tinggi 
Sama seperti perkongsian akaun TikTok yang dikenali sebagai Talib Zamri, apabila kegembiraan ibunya menyambut kejutan sempena hari kelahiran beliau serta merta bertukar cuak kerana belon yang di ikat dengan duit oleh anaknya tiba-tiba terbang tinggi tanpa sempat di gapainya. 
Anak minta tarik duit dari jambangan bunga, rupanya ibu kena prank sahaja 
Dapat di lihat dengan jelas melalui raut wajah si ibu terkilan sambil memandang duit yang terbang. Walaubagaimanapun, tiba-tiba dia di minta untuk menarik salah satu jambangan bunga oleh anaknya. Dengan perasaan yang tidak percaya, kali ini dia menarik wang yang betul dan kejutan berkenaan berjaya. Manakala, wang yang berada pada belon yang terbang hanyalah prank semata-mata. 
@ujangtalib83

#duitterbangkau#fypp #happybirthday #mymom

♬ Oh No - Kreepa

Tengok maknya muka cuak... Kalau duit palsu, kesian dekat yang jumpa sebab tak laku

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang turut berasa terkejut melihat situasi berkenaan. Mereka juga mengaku turut tertipu dengan kejutan tersebut dan ramai yang kesian melihat muka si ibu yang jelas terkilan pada awalnya. 





Sumber: Kisah Dunia 

TAG