Pekerja Positif COVID Boleh Claim PERKESO. Ini Syarat & Cara Tuntutan

SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO COVID 19: Tuntutan Faedah / Pampasan Akibat Jangkitan Covid-19 PERKESO


Untuk makluman, pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

PERKESO juga menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.

Ramai yang telah berjaya membuat tuntutan / claim PERKESO disebabkan positif COVID 19.

Jika anda masih belum membuat tuntutan, sila rujuk maklumat lanjut di bawah untuk mengetahui syarat dan cara claim PERKESO.

Apakah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID-19?

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya.

Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

• Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan
• Kemalangan semasa dalam perjalanan
• Kemalangan semasa kecemasan
• Penyakit khidmat

Syarat Claim Tuntutan Faedah Akibat Jangkitan Covid 19 PERKESO

Apa syarat bagi membuat claim PERKESO akibat jangkitan COVID-19?

1. Masih bekerja.
2. Masih aktif sebagai pencarum Socso.
3. Paling utama adalah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Kadar Bayaran / Faedah Yang Akan Diterima

Bagi pencarum yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja, mereka layak mendapat faedah daripada PERKESO manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja.

Macam mana nak tahu berapa pampasan yang kita layak terima?
Ini perkiraannya :

( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin

NOTA: Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah PERKESO.

Cara Buat Tuntutan (Claim) PERKESO Jika Positif COVID 19

Menjadi tanggungjawab Majikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dengan kadar segera iaitu mengemukakan permohonan melalui Borang 34.

Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

1. Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34 https://www.perkeso.gov.my/…/Bor…/borang34/Borang_34.pdf
2. Salinan kad pengenalan
3. Sijil Cuti Sakit Asal
4. Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
5. Laporan Pengesahan Positif Covid-19
6. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
7. Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
8. MC kalau tiada, surat kuarantin dari KKM pun boleh
9. Isi Ruang Penyakit Khidmat

TAMBAHAN: Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja (Contoh : Siapa yang kena dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)


NOTA: Permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.

Tempoh Proses Tuntutan Skim Bencana Pekerjaan PERKESO Covid 19

Permohonan pencarum dijangkiti wabak itu semasa bertugas akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil Perkeso selama 45 hari daripada hari kes diterima.


Maklumat Lanjut

Untuk maklumat dan info lanjut tentang Skim Bencana Pekerjaan COVID-19 PERKESO, sila rujuk laman web rasmi PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-bencana-pekerjaan.html


TAG