SOP Pengoperasian Sekolah & Penggiliran Murid Bermula 3 Oktober 2021

Tarikh Buka Sekolah Terkini Susulan PPN / SOP Pengoperasian Penggiliran Murid Di Institusi Pendidikan Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam Sidang Media pada lalu, KPM telah mengumumkan bahawa sesi PdPR akan diteruskan sehingga 3 Oktober 2021.

Perincian SOP pengoperasian sekolah akan diumumkan melalui sidang media pada jam 3 petang, 12 September 2021.

Berikut dikongsikan perincian SOP oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

SOP Pengoperasian Sekolah Bermula 3 Oktober 2021

Menteri Pendidikan telah mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021.

Pembukaan sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa PPN setiap negeri seperti berikut:

FASA 1

• Semua institusi pendidikan ditutup
• Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja

FASA 2

• Semua institusi pendidikan ditutup
• Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
• Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah

FASA 3

• Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko

FASA 4

• Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.

Kehadiran Murid Ke Sekolah Hanya 50% Daripada Enrolmen Keseluruhan, Sistem Penggiliran Dilaksanakan

Penggiliran minggu akan dilaksanakan di mana

• Murid dibahagi kepada 2 kumpulan
• Kapasiti kelas dihadkan kepada 50%
• Ia bertujuan memastikan keselamatan murid-murid dengan kapasiti yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan

Ada beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan fasa-fasa berikut:

• Murid bekerperluan khas
• Murid Ting 6 / Peperiksaan
• Murid sekolah asrama sepenuhnya
• Murid kelas peperiksaan
• Murid sekolah tadika 4-6 tahun
• Sekolah kurang murid

PELAKSANAAN MENGIKUT FASA PPN PULA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

FASA 1

FASA 2

FASA 3

FASA 4

Sesi Persekolahan 2021 akan dilanjutkan hingga Mac 2022.

Sesi sekolah tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.

Ini bermaksud, murid-murid akan kekal berada dalam kelas masing-masing sehingga bulan Mac 2022.

Tempoh ini akan digunakan untuk mengukuhkan kefahaman dan menguasai topik-topik yang ketinggalan pada tahun ini akibat wabak.

Manakala, murid Tahun 1 2022 akan mula masuk ke sekolah pada bulan Mac 2022 (dilewatkan sedikit berbanding Januari 2021).

Sesi persekolahan tahun 2022 pula akan dipendekkan dan akan perkembangan mengenainya dikemaskini dari semasa ke semasa.

SOP TERKINI

• Pemakaian pelitup muka diwajibkan (pelitup muka bagi murid-murid yang kurang berkemampuan akan dibekalkan dengan bantuan)

• Waktu rehat dikekalkan di bawah pengawasan guru, namun perlu di kawasan pengudaraan yang baik. Boleh terus kekal makan dalam kelas kecuali kelas berhawa dingin.

• Aktiviti ko-kurikulum belum dibolehkan kecuali PJK dengan syarat murid telah memakai pakaian sukan dari rumah untuk mengelakkan kesesakan semasa penggunaan bilik persalinan.

• Saliva test kit akan disediakan bagi murid yang menunjukkan gejala dan diasingkan daripada kelompok murid lain.

• Murid akan diuji dengan kit kendiri bagi murid-murid di asrama.

• Murid juga dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.

• Ketidakhadiran murid ke sekolah tidak akan dianggap sebagai kesalahan disiplin sehingga hujung tahun ini dengan syarat ibu bapa perlu menghantar surat kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.

• Jika berlaku kes positif COVID19 di sekolah, PKD akan membuat penilaian risiko terhadap tindakan selanjutnya.

PEMBUKAAN KOLEJ VOKASIONAL

PEMBUKAAN MATRIKULASI

MUAT TURUN SLAID SIDANG MEDIA KPM – SOP PENGOPERASIAN SEKOLAH / PENGGILIRAN MURID KPM (PDF)



TAG