Wanita Nikah 6 Bulan Nangis Di Soal Bila Nak Hamil, Dulu Tak Faham Kenapa Terasa

Kadang-kadang pertanyaan yang bersifat mengambil berat seperti "bila nak ada anak" adalah pertanyaan yang amat sensitif bagi sesetengah orang terutamanya bagi golongan isteri yang sudah berkhawin dalam tempoh 3 bulan ke atas tetapi masih belum hamil lagi. Antara sebab mereka belum hamil adalah mereka ingin merancang supaya tidak mendapat zuriat pada waktu yang awal atau mungkin saja mereka belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata walaupun pelbagai ikhtiar mereka lakukan.
Pergi sana sini orang akan tanya "kau bila nak mengandung"... Kenapa eh?
Sama seperti kisah wanita ini yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami beberapa bulan lalu berasa amat sedih apabila ramai orang di luar yang melemparkan soalan mengenai anak kepadanya. Apa yang lebih menyakitkan hati apabila orang-orang tersebut tidak di kenali dan sesuka hati mengasak dengan persoalan yang membuatkan Fyfa sedih sehingga dia menitiskan air mata.
Dulu sebelum khawin tak faham kenapa terasa
Suatu ketika dulu, dia juga tidak memahami mengapa wanita yang di tanya soalan mengenai anak terasa, kerana dia menganggap soalan itu di ajukan secara baik. Namun, setelah bergelar isteri pada awal tahun ini, barulah dia memahami perasaan seorang isteri yang belum hamil apabila di persoalkan mengenai isu tersebut. 


@fyfa09

♬ original sound - Fyfa____

Menyirap tanya soalan macam tu... Orang kita memang suka busy body 

Dalam masa yang sama, netizen juga turut berasa sebak dan mendoakan agar Allah mengurniakan cahaya mata buat fyfa satu hari nanti. Walau apa pun, netizen juga berharap agar wanita ini kuat dan tabah menghadapi segala ujian yang di berikan. 



 



Sumber: Kisah dunia

TAG