Baru Khawin 5 Bulan Sewa Rumah, Baru Tahu Rupanya Rumah Isteri Yang Punya

Bagi pasangan yang baru berkhawin, pastinya merek inginkan privasi dan hidup berdikari dengan mencari rumah untuk tinggal berdua dan berasingan dengan family kedua belah pihak. Namun, bagi sesetengah pasangan mereka terpaksa menyewa rumah disebabkan ingin mengukuhkan ekonomi mereka dan mengatur masa depan keluarga kecil mereka. 
Telegram Rasmi Bantuan KerajaanπŸ‘‡
Baru khawin rancang nak sewa rumah dahulu... Sempat cerita pengalaman yang mengejutkan
Sepertimana pasangan baru khawin yang lain, pemuda yang di kenali sebagai Aqim ini sempat berkongsikan pengalaman yang mengejutkan beliau. Menurutnya, dia dan isteri telah merancang untuk duduk rumah sewa sahaja terlebih dahulu. 
5 bulan khawin baru dapat tahu... Lah rupanya rumah sewa itu isteri yang punya
Persetujuan itu dibuat apabila memandangkan pasangan berkenaan masih lagi dalam proses menstabilkan ekonomi keluarga dan menguruskan komitmen yang ada. Namun, setelah mendirikan rumah tangga selama 5 bulan, barulah sang suami mengetahui rumah yang mereka duduk ketika itu adalah hak milik isterinya sendiri. 


@aqim03

Kene game..!!! πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… #fyp #foryou #viral

♬ suara asli - π™Žπ™žπ™‘π™–π™—π™–π™£ - ππšπ°πšπ§π πŸ”Ήπ”π‹πŽπŠ

Dah macam Drama pukul 7, Isteriku Tuan Rumah... Tetaplah bayar sewa ya, biarpun tau tu rumah dia

Melihat keruangan komen, ramai netizen yang berasa terhibur dengan perkongsian tersebut. Netizen-netizen juga berasa kagum dengan tindakan si isteri yang bijak berbisnes walaupun dengan suami sendiri. Ramai juga netizen yang menasihatkan pemuda tersebut agar menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah seperti biasa. 






Sumber: Kisah Dunia

Telegram Rasmi Bantuan KerajaanπŸ‘‡
TAG