"Besar Pengorbanan Ibu"- Wanita Kongsi Kisah Buang Implan Melekat Di Daging

Salah satu kaedah kontraseptif terkini untuk perancangan keluarga dengan selamat adalah pemasangan 'Impalan'. Kaedah ini melibatkan rod sebesar mancis yang di pasang di bawah lapisan kulit di bahagian tengah lengan atas, kaedah ini bertujuan untuk mencegah ovulasi serta menyukarkan pergerakan sperma. Selalunya, wanita yang menggunakan kaedah ini akan subur serta merta selepas alat tersebut di keluarkan. 
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇
Doktor nampak, tapi bila di tekan ia lagi ke dalam... Setengah jam potong cungkil, tak dapat-dapat
Merujuk perkongsian seorang wanita yang bernama Ferra Zafyra di applikasi Facebook, dia berkongsi pengalaman perit mengeluarkan alat tersebut. Sebelum prosedur di lakukan dia perlu membuat imbasan x-ray dan ultrasound terlebih dahulu sebelum doktor membius nya. Namun begitu, selepas 30 minit berlalu, doktor yang mengendalikan rawatan tersebut masih belum mamou mengeluarkan implan daripada lengannya. 
Liat nak tarik, rupanya melekat dengan daging... Doktor goyangkan sambil selawat, mujur boleh keluar
Walaupun hampir menyerah kalah, namun mereka berdua tetap 'geram' kerana ia sangat liat untuk di tarik. Ia terpaksa menahan perit di cucuk bius buat kali kedua, rupa-rupanya implan tersebut melekat dekat daging. Justeru, doktor tersebut telah ikhtiar buat kali terakhir dan mujur berjaya mengeluarkan alat tersebut. Ferra Zafyra menyifatkan ia adalah satu pengorbanan besar yang di lalui sejak bergelar ibu. 
Now saya surrender dengan semua jenis perancangan... Tak pasal-pasal ada 2 jenis jahitan kat tangan
Susulan daripada itu, wanitaa tersebut telah serik dengan semua jenis perancang. Terdahulu, dia juga mengakui pernah mencuba pelbagai alternatif lain, namun, semua tidak sesuai dengan tubuh badannya. Oleh itu, wanita berkenaan ingin fokus dengan misi 44 hari berpantang dan menurunkan berat badannya. 




Sumber: Kisah Dunia
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇
TAG