BPR Tambahan PEMERKASA Plus: Semakan Status & Tarikh Pembayaran

Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan akan memberikan BPR Tambahan kepada golongan isi rumah dan individu yang layak melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Telegram Rasmi https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Untuk makluman, bagi mereka yang telah lulus rayuan pembayaran telah bermula sejak 28 September lagi bagi pemegang akaun BSN manakala untuk bank-bank lain pembayaran akan bermula pada 04 Oktober 2021. 

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei lalu telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia iaitu PEMERKASA Plus untuk membantu mereka yang terjejas akibat pelaksanaan PKP 3.0.

Melalui PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang ditumpukan iaitu: 

  • Mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam
  • Meneruskan agenda prihatin rakyat
  • Menyokong kelangsungan perniagaan
Dan di dalam matlamat kedua iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada golongan isi rumah dan indidividu yang layak. 

JUMLAH BAYARAN BPR TAMBAHAN 2021

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran tambahan yang telah diumumkan:

  • Isi Rumah Berpendapatan Di Bawah RM2,500: RM500
  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 - RM5,000: RM300
  • Golongan Bujang: RM100
Untuk makluman anda, bayaran ini adalah merupakan bayaran tambahan sebanyak RM2.4 bilion kepada fasa bayaran terakhir BPR Fasa 3 pada bulan September lalu. 
TARIKH PEMBAYARAN

Untuk pengetahuan anda, bayaran mengikut amaun setiap kategori telah dikreditkan ke akaun penerima pada 29 Jun 2021.

Bayaran ini adalah bayaran tambahan daripada keseluruhan bayaran berfasa yang ketika ini masih berlangsung. 

TARIKH BAYARAN BAGI PENERIMA LULUS RAYUAN BPR

Bagi para penerima yang lulus rayuan BPR, bayaran akan mula dibuat bermula pada 28 September 2021 bagi mereka yang mempunyai akaun bank BSN dan 04 Oktober 2021 bagi bank-bank lain. 

Bagi penerima yang lulus rayuan namun gagal kredit, pemberian secara tunai juga akan bermula pada 04 Oktober 2021 ini. 

CARA SEMAKAN

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran bagi BPR Tambahan:
  • Log masuk ke laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ 
  • Tekan butang "semak status".
  • Dan status bayaran / permohonan akan dipaparkan. 
STATUS GAGAL KREDIT / PEMBAYARAN TUNAI BPR DI BSN

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit, pembayaran tunai boleh dituntut di BSN dengan membawa kad pengenalan ketika hadir ke kaunter. 

Jika melalui wakil, hanya wakil yang didaftarkan sahaja boleh mewakilkan penerima bagi penunaian ini. 

Maklumat lanjut boleh menghubungi BSN di talian 1-300-88-1900. 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan BPR anda boleh melayari laman web BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ atau menghubungi LHDNM di talian 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 09.00 Pagi - 5.00 Petang) atau menghubungi MoF di talian 03-8882 4565 (Waktu Operasi: 09.00 Pagi - 05.00 Petang) atau anda boleh rujuk FAQ di bawah ini: 
Sumber : LHDN / BPR / Salam Kerjaya