Ezlynn Offer Cari Calon 'Madu' Demi Penuhkan Kuota 4, Kerana Terlalu Sayangkan Suami

Tidak semua wanita yang boleh terima dirinya dimadukan, apalagi sakit bila berkongsi kasih suami dengan orang lain. Namun, hakikatnya ada juga wanita yang bersikap terbuka menerima poligami dalam hidup mereka dan bahagia dengan kehidupan tersebut. Lebih membanggakan lagi, wanita-wanita ini juga turut sukarela menjadi 'ejen cari jodoh' buat suami tercinta. 
Ezlynn hajat carikan calon penuhi kuota '4 madu'... Terlalu sayangkan suami & mahu saham akhirat 
Semalam, Ezlynn telah membuatkan sosial media kecoh apabila dia tampil berterus terang ingin carikan isteri baru untuk suaminya untuk cukupkan kuota '4 madu'. Penyanyi yang berusia 39 tahun itu, mendedahkan nekad ambil keputusan tersebut kerana terlalu mencintai suaminya dan mementingkan kebahagiannya. Selain itu, dia juga ingin menambah 'saham akhirat' dengan mengangkat sunnah Rasullullah S.A.W. 
Nak 'madu' yang bukan setakat sesuai buat suami... Tapi sudi terima saya juga
Ekoran hajatnya itu, Ezlynn yang merupakan penyanyi lagu 'Hi Hi Bye Bye' ini mengakui sudah bertanyakan kepada beberapa orang individu. Malah ada juga yang sudah memberikan respon setuju kepada tawarannya itu. Namun, Ezlynn masih lagi dalam proses mencari calon madu yang bukan sekadar sesuai dengan suami, tetapi yang sudi menerima kehadirannya juga. 
Tertarik dengan hati mulia suami... Baru nikah bulan lepas
Terdahulu, Ezlynn telah bertemu jodoh dengan penderma hati negara, Wan Mohd Hafizam Wan ismail pada 11 September yang lalu. Sejak berkenalan pada tahun lepas, dia mengakui tertarik dengan hati suaminya yang bersifat kuat agama dan suka membantu orang lain. 





Sumber: Erin Sakura