Hembus Nafas Terakhir Jam 3.11 Pagi, Pilu Bomba Tenggelam Lemas Dek Arus Deras Banjir

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇

Waktu tengah pasang tali untuk orang awam... Tiba-tiba rebah dalam air banjir paras dada 

Diberi bantuan CPR di lokasi oleh rakan-rakan... Tapi masih tak sedarkan diri

Selepas diberikan bantuan CPR di lokasi kejadian, anggota yang berusia 46 tahun itu terus dikejarkan ke pusat rawatan kecemasan. Walaupun sudah menerima rawatan, lelaki tersebut dimaklumkan masih tidak sedarkan diri dan bergantung pada alat bantuan pernafasan(oksigen).

Allahyarham telah menghenbuskan nafas terakhir pada jam 3.11 pagi... Keluarga minta sama-sama doakan

Khabar terbaru, ahli keluarga kepada anggota tersebut telah mengesahkan Mohd Diya telah pun kembali ke Rahmatullah pada jam 3.11 pagi tadi. Segala perkembangan mengenai urusan pengebumian Allahyarham pula khabarnya akan dimaklumkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 





 Sumber: Kisah Dunia

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇