Rumah Di Jilat Api Sebab Anak Tak Dapat Duit Mak, Terduduk Menangis

Harapkan pagar, tapi pagar makan padi. Begitu lah peribahasa yang dapat mengambarkan situasi yang menimpa seorang ibu ini apabila anak kandungnya sendiri sanggup membakar rumah kediaman mereka. Insiden tersebut di jangka berlaku kira-kira jam 3.30 petang di Kampung Bukit Kapar,  Klang semalam.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇
Anak bekas banduan sanggup bakar rumah... berang mak tak bagi duit
Terdahulu, anak kepada ibu berkenaan merupakan bekas banduan telah berjumpa dengan si ibu untuk mendapatkan sejumlah wang, tetapi gagal. Sejurus daripada itu, suspek telah mengugut akan membakar rumah mereka jika ibunya tidak memberikannya wang sebelum beredar. Namun tidak lama selepas itu, ketika wanita itu berada di tempat kerja dia mendapat berita bahawa rumahnya di jilat api lalu terus bergegas balik dan melihat bomba sedang berusaha memadamkan api kebakaran tersebut. 
Terduduk menangis dibuatnya tengok rumah sendiri di jilat api 
Merujuk rakaman semasa insiden tersebut berlaku, seorang penyewa di lihat sangat luluh sehingga terduduk menangis mengenangkan tempatnya berteduh telah di jilat api yang sangat marak. Pihak polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 6 petang dan telah di tahan reman selama 4 hari. Semakan awal mendapati dia baru sahaja 4 hari di bebaskan daripada penjara atas kesalahan berkaitan bahan narkotik. Motif sebenar suspek masih dalam siasatan, sama ada duit yang di minta bagi tujuan melepaskan gian atau ada tujuan lain. 

Sedih tengok ibunya menangis... Anak kalau tak membantu, jangan susahkan ibubapa
Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati dengan nasib mangsa-mangsa kebakaran tersebut akibat tindakan suspek. Dalam masa yang sama, masyarakat turut di nasihati agar mengelakkan diri daripada bahan terlarang itu kerana ia mampu merosakkan diri dan membahayakan keluarga. 





Sumber: Kisah Dunia
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇
TAG