Sebak Anak Autism Diusap Lepas Cucuk Vaksin, Walaupun Terpaksa Di Tahan

Tatkala penularan Covid19 yang sedang meningkat, masyarakat yang layak di galakkan untuk mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan. Bukan setakat golongan dewasa dan warga emas, malah remaja yang berumur 12 tahun ke atas dan orang kelainan upaya(OKU) juga di seru untuk menyuntik vaksin. Itu lah tindakan yang di ambil oleh ibu kepada seorang anak autism ini.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇
Orang pergi PPV register terus... Tapi syami duduk terus makan macam di rumah sendiri 
Menerusi applikasi TikTok, seorang ibu yang di kenali sebagai Puan Erma telah berkongsi detik dia membawa anaknya untuk melengkapkan vaksinasi dos kedua baru-baru ini. Pada awalnya, lelaki yang bernama syami itu menunjukkan reaksi yang teruja ketika berada dalam kereta lagi. Sebaik tiba di PPV, syami tidak pergi ke kaunter mendaftar seperti penerima yang lain. Namun, dia terus ke sebuah meja frontliner dan mengambil biskut yang terdapat di sana. 

@ermasandakan1

Baru sampai ppv syami dah excited #autismawareness #autism mcmanalah nnti divaksin

♬ Jerung Merah Challenge - MVM Music

 

@ermasandakan1

Orang pergi ppv register terus tapi syami duduk terus makan mcm berada d rumah sendiri amboi3 #autism #autismjourney #vaksinasi

♬ ONLY - LeeHi

Di tahan oleh beberapa orang frontliners... Alhamdulillah senang sikit berbanding first dose

Tatkala syami selesa duduk di sana, peluang itu di manfaatkan oleh frontliners untuk menyuntik vaksin kepadanya. Menerusi paparan video tersebut,  syami di tahan oleh sekumpulan frontliners agar tidak melarikan diri ketika prosedur suntikan vaksin di lakukan. Tak sampai beberapa saat sudah selesai, Puan Erma sendiri mengakui kali ini lebih lancar berbanding dos pertama. Di hujung rakaman, dapat di lihat mereka turut mengusap kepala syami kerana berkelakuan behave dan memberikan kerjasama ketika di suntik.

@ermasandakan1

Reply to @dygnshafizahbakar alhamdullilah senang sedikit kena jab berbanding first dose haritu 💕 terima kasih frontliner 🌺 #sinovac #autismawareness

♬ Thank You Allah (feat. Cat Farish & Ustaz Haris) - Alyah

Nangis terus lihat abang JPAM tu terus usap kepala dia... Semua main peranan

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang tersentuh melihat moment tersebut sambil memberikan pujian kepada syami. Dalam masa yang sama, mereka turut berkongsi pengalaman menguruskan anak-anak syurga dalam keluarga masing-masing. 






Sumber: Erin Sakura

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇