Wanita Hidap Ailurophobia Jerit Dalam Pejabat, Kawan Sakat Bagi Kucing

Ramai individu yang menganggap kucing adalah haiwan yang sangat comel dan jinak dan manja untuk dijadikan haiwan peliharaan. Namun, tidak semua yang merasakan haiwan tersebut selamat untuk di pelihara, ada juga yang menghidapi fobia yang di kenali sebagai 'Ailurophobia' iaitu individu yang takut apabila si comel itu mendekat. 
Seronok bila dapat sakat member yang takut kucing
Menerusi satu perkongsian video di applikasi TikTok, seorang pengguna akaun yang bernama Tasya sempat berkongsi rakaman yang menunjukkan dia menyakat rakan sekkerjanya sewaktu mereka berada di pejabat. Sejurus itu, rakan nya yang bernama Dayah menjerit kuat sebaik sahaja dia melihat kelibat kucing di belakangnya sehingga muka nya menjadi merah padam kerana ketakutan. 
Mempunyai sejarah hitam sejak kanak-kanak... Cenderung untuk tidak melihat dan mendengar suara haiwan itu
Memetik laporan SehatQ, ramai individu yang mempunyai fobia kucing mempunyai trauma sejak kecil lagi yang membuatkan mereka cepat berasa gelisah. Bahkan ada juga yang lebih teruk apabila mereka berasa takut walaupun dengan hanya mendengar suara kucing melalui televisyen sahaja. 


@tasyapunyerrr

bile dpt mber takut kucing be like 🤣🤣#fyp #fypシ #pencintakucing #viral #esekeli #videoviral #masukberanda #lawak @dayahderon87

♬ original sound - Tasya

Pandai juga dia menyakat... Oyen pun sengaja letak tangan kat bahu akak tu

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang turut terhibur melihat reaksi Oyen yang seolah-olah terkejut kerana wanita itu menjerit. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman bahawa dahulu mereka juga takut dengan si comel tersebut, namun lama kelamaan, mereka jadi berani dan boleh biasakan diri mereka. 


 


Sumber: Erin Sakura

TAG