Dah nak kahwin baru ‘check’, gadis lega bukan pembawa talasemia seperti kekasih

Kesedaran tentang penyakit talasemia ketika ini dilihat semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kemajuan tekonologi. Makluman berkenaan penyakit genatik ini dapat diperoleh dengan mudah dan ia memberi pengetahuan baru untuk semua terutamanya pasangan yang ingin berumah tangga.
Last minute pergi check
Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang gadis yang mengakui agak takut ketika terfikir akan risiko jika berumah tangga dengan pasangan yang merupakan seorang pembawa talasemia.

Menurut pengguna TikTok dikenali sebagai @eyfaafifi97, dia mengakui mengambil mudah tentang ujian darah berkaitan talasemia walaupun sudah 8 tahun bercinta.

@eyfaafifi97

alert lah korang jangan bcinte lame2 sudahnya dapat tahu due2 ade thalesmiaa. jangan jadi macam aku😪 relay dah 8tahun tapi bru bak buat.

♬ bunyi asal - Shah - اکو جودوه کاو

Alhamdulillah disahkan bukan pembawa

Namun setelah bertunang dan menjelang hari pernikahan dia baru terfikir untuk melakukan pemeriksaan kerana bimbang dia juga menjadi pembawa penyakit tersebut sama seperti pasangannya.


Walau bagaimanapun @eyfaafifi97 amat bersyukur kerana dia disahkan bukan pembawa talasemia dan risiko anak-anak yang akan dilahirkan kelak setelah berumah tangga untuk mendapat penyakit genatik ini juga rendah.

Semoga urusan dipermudahkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, dia menasihati mana-mana pasangan yang sedang membawa hubungan ke fasa perkahwinan untuk melakukan ujian darah supaya penyakit talasemia ini tidak diturunkan kepada anak-anak kelak.


Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dilakukan gadis tersebut walaupun agak terlewat kerana tindakannya mampu mencegah perkara tidak diingini terutamanya kepada zuriat andai masing-masing merupakan oenbawa talasemia.

Ada juga tetap kahwin

Bahaya bila salah satu ada talasemia

Kesian anak2 kena transfer darah tiap bulan

Ada es dah kahwin tapi terpaksa bercerai




Sumber: Ohmymedia