Dialog Perbualan Terakhir Shuib Sebelum Sarah Ditidurkan, Sebak & Pilu

Tarikh 9 Ogos 2021 menjadi satu detik yang penuh duka kerana Malaysia telah kehilangan seorang anak seni yang sangat berbakat besar iaitu Siti Sarah Raisuddin selepas terlantar kerana penyakit Covid19. Sudah tentu yang paling terkesan adalah suami tercinta, ditambah pula dia perlu membesarkan 4 orang cahaya mata mereka bersendirian tanpa ditemani isteri yang dirindui seperti sebelum ini. Dalam sebuah muzik video yang dimuat naik sebentar tadi, terdapat babak yang paling sedih yang mengandungi perbualan terakhir mereka berdua. 
InsyaAllah kita akan tengok bayi kita... Ibu, ini satu step je yang you kena lepaskan
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah yang dapat digambarkan dengan kesedihan yang dihadapi oleh Shuib. Perbualan mereka itu katanya terjadi sebelum Siti Sarah ditidurkan di pusat perubatan. Kata pelawak tersebut dengan lembut kepada isterinya, hanya satu fasa ini sahaja yang perlu mereka lalui dengan selamat sebelum mereka bertemu dengan anak baru nanti. Bahkan pada ketika itu, Shuib kedengaran seperti gagal menahan sebak menanggung ujian tersebut. Namun, cuba kuat untuk mendengar pesanan bidadarinya. 

@azniamira00

Perbualan terakhir SITI SARAH & SHUIB 🥺 Allah. Cinta sampai syurga. #fypシ #sedih #sayang #SITISARAH #SHUIB

♬ original sound - MiraMakeMoney

Ini detik paling sukar dalam hidup

Melihat perkongsian bersama pihak @mStar sendiri, Shuib mensifatkan kehilangan Siti Sarah sebagai satu fasa yang paling sukar sekali dalam hidupnya apalagi anak-anak mereka masih lagi kecil. Justeru, dia menganggap perbualan ini merupakan simbolik pengorbanan seorang ibu kepada zuriat tercinta. 

Shuib jumpa pakar pskiatri setiap minggu

Sebelum ini dilaporkan pelawak yang berusia 37 itu mendapatkan khidmat bersama Doktor psikiatri pada setiap minggu kerana dia mengalami fasa kesedihan yang menganggu emosi. Malah ada hari yang dia akan pergi ke pusara Siti Sarah untuk berkongsi perasaan. 





Sumber: Kisah Dunia