Duit Habis Masa Datang Melawat Anak Di Melaka, Penoreh Getah Datang Jauh Dari Kedah

Tegas tapi sayang itulah yang lebih sesuai dengan gelaran ayah. Kasih sayang seorang ayah yang tiada hadnya walaupun luaran nampak garang dan tidak terluah dengan kata-kata, Namun mereka sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tersayang walaupun mereka perlu berkorban atau hadapi kesulitan hidup sama seperti kisah dibawah ini. 
Nak tengok satu-satunya aanak perempuan yang nahas jalan raya... Dia datang dari Alor Setar ke Melaka naik bas
Viral di applikasi TikTok, pemilik akaun yang bernama Wan Abdul Hadi ternampak seorang pakcik yang telah berusia di RnR Ayer Keroh melambai-lambai kearahnya kerana ingin menumpang sehingga ke hentian Nilai. Bila ditanya, dia menjelaskan kehadirannya ke Melaka kerana melawat anak perempuannya yang nahas jalan raya. 
Dia nak balik menoreh getah kumpul duit... Pakcik ni nak tumpang ke hentian-hentian sampailah ke Alor Setar
Sepanjang berada di Melaka selama 3 hari, Pakcik berkenaan telah kehabisan wang. Oleh itu, dia telah membuat keputusan untuk kembali ke kampung halaman untuk mengumpul duit agar dapat kembali ke Melaka melawat anaknya. Mengenangkan kisah sedih lelaki yang berusia telah mencecah 66 tahun tersebut, Hadi telah membawanya makan dan menghantarnya ke TBS dan tidak lupa untuk menghulurkan sedikit wang buat tambang balik ke Alor Setar. 
@wh99z_

Allah swt sedang menguji aku hmm😢

♬ PENANTIAN ARMADA - sadvibes🥀

Semoga dipermudahkan urusan awak dan pakcik ni... Tak dapat bayangkan kalau abah aku kat tempat pakcik ni

Melihat keruangan komen, lebih 8 ribu yang memberikan respon dan ramai yang berasa sebak membaca penerangan Hadi. Mereka mendoakan agar urusan kedua-duanya dipermudahkan. Secara keseluruhan, video tersebut telah mendapat 1.6 juta jumlah tontonan. 





Sumber: Kisah Dunia