Lelaki Sedih Kerana Majikan Tak Percaya Rumah Banjir, Dah Bagi Bukti

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Setiap kali musim tengkujuh, banyak rumah mangsa banjir yang amat menyedihkan. Bencana alam yang berlaku disekitar bulan lepas menyebabkan ramaj orang mengalami kerugian berlipat kali ganda dan terpaksa bemula dari awal kembali. Lebih menyedihkan lagi, ada juga individu yang kurang bernasib baik sehingga dibuang dari tempat kerja. 
Tunggu bantuan baju sekolah... Hidup kena sabar, rumah tak clear lagi
Satu perkongsian video dari myfundaction telah mendapat perhatian ramai orang ketika mereka menemubual seorang penerima bantuan di tempat pengagihan sumbangan. Menurut pemuda itu, keperluan sekolah tersebut diambil untuk anak-anaknya yang masing-masing berumur 8 dan 11 tahun. Walaupun air banjir telah lama surut, namun rumahnya masih belum sepenuhnya bersih. 
Saya dah bagitahu kena banjir... Tapi majikan tak percaya, tak tahu macam mana nak mengadu
'Malang tidak berbau', inilah perumpamaan yang sesuai untuk mengambarkan keadaan nasib penerima bantuan tersebut. Dia baru dibuang kerja oleh majikannya atas alasan tidak masuk bertugas. Menurutnya lagi, permohonan cuti berserta bukti rumahnya terjejas dengan banjir telahpun diberikan. Namun majikannya tidak percaya dan enggan membayar RM1500 kepadanya. 
@myfundaction Stay strong our pejuang nafkah 💪🏼 #pascabanjir ♬ original sound - MyFundAction

Ya Allah, menangus dengar... Abang saya pun pernah kena buang kerja, padahal sebab anak tak sihat

Sejak dikongsikan semalam, video temubual tersebut telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan. Melihat keruangan komen, ramai netizen yang berasa sebak mendengar dugaan yang dihadapi oleh lelaki tersebut. Rupanya, ramai juga yang berkongsikan pengalaman kenalan mereka dibuang kerja walaupun mempunyai alasan dan bukti yang kukuh. 





Sumber: Erin Sakura

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan