Netizen Tegur Cara Salam Bakal Mak Mentua, Sebenarnya Gadis Ini Tengah

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bagi pasangan yang sedang berusaha menghalalkan hubungan mereka, tidak dapat dinafikan perasaan gemuruh ketika majlis pertunangan sudah tentu dirasai terutama sekali jika ia disaksikan ramai orang. Kadangkala, ada perilaku yang dilakukan secara tidak sengaja yang menjadi topik hangat orang sekeliling. 
Alhamdulillah, one step closer... Simpan sini sebagai kenangan 
Sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik akaun applikasi TikTok itsmedragonrawr telah viral selepas dia berkongsi rakaman ketika majlis pertunangannya. Gadis yang bernama Nabilah berasa amat bersyukur kerana bertemu dengan seorang pemuda yang dapat menerima segala kekurangannya. Gadis comel tersebut mengakui yang dia mempunyai sifat panas baran, manakala tunangnya pula memiliki sifat yang sangat penyabar. 

@itsmedragonrawr alhamdullillah , one step closer , simpan sini buat kenangan ✨ #fyp ♬ suara asli - Mrs.attitude 🇮🇩 - Punya iyoo🖤

Kenapa salam macam tu? Tak belajar ke? Semoga jelas ye semua

Dalam perkongsian video yang lain pula, ramai netizen yang mempertikaikan cara gadis tersebut salam bakal mak mertuanya. Sebenarnya pada ketika itu, dia sedang duduk dalam keadaan yang tidak selesa kerana bengkung yang digunakannya terlipat. Malah, Nabilah juga mempunyai anxiety apabila dia melihat ramai tetamu di depan mata yang membuatkannya lebih gemuruh. Namun, jelasnya lagi dia sudah meminta maaf dengan bakal mak mentuanya itu. 

@itsmedragonrawr 🤍 #fyp ♬ original sound - suaratania - tanialestary19
@itsmedragonrawr semoga jelas ye semua 😊#fyp ♬ original sound - 🦖

Nampak baik je mak mentua, I wish mak mentua I macam ni... Semoga saya pun dipertemukan dengan lelaki tepat

Sejak video tersebut dikongsikan, video itu telah meraih lebih 1.5 juta tontonan setakat ini. Melihat keruangan komen, ramai netizen yang mengatakan bahawa bakal ibu mertua Nabilah nampak seperti seorang yang sangat penyayang. Ramai juga yang berharap agar dapat bertemu jodoh yang terbaik. 





Sumber: Kisah Dunia

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan