Peminat Akui Kali Pertama Nampak Isteri & Anak Yassin, Curi Tumpuan Main TikTok

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Semenjak memasuki 'Gegar Vaganza 8' melalui duo Sa.Ya, saban minggu nama pelawak Saiful Apek dan Yassin Yahya telah menjadi sebutan ramai. Walaupun terkandas di konsert minggu suku akhir tempoh hari, tetapi penglibatan mereka dalam pertandingan realiti tersebut sekurang-kurangnya menaikkan semula nama kedua-dua ahli kumpulan senario tersebut. 
Anak dan isteri Yassin pun kena tempias populariti... Video di TikTok curi tumpuan
Malah tanpa mereka sangka, isteri dan anak Yassin juga terkena 'tempias' viral baru-baru ini. Kemunculan ahli keluarga perlawak berkenaan menerusi applikasi TikTok guna akaun @puteriwarda17 telah mencuri tumpuan orang ramai. Antaranya adalah video yang memaparkan Farrah Waheeda dan anak mereka bernama warda berhibur sambil mengikut salah satu 'sound' yang sedang trending di applikasi tersebut. 
Kena 'halau' dengan anak nak menari TikTok... Yassin tetap menari lucu di belakang
Pada awalnya, Yassin seolah-oleh dihalau oleh si cilik tersebut yang kononnya mahu menari bersama ibunya saja. Sebaik saja rentak muzik bermula, Warda kelihatan sangat comel dan lincah sekali menari di hadapan kamera. Namun, apa yang mencuit hati, Yaasin juga sempat melakukan beberapa aksi lucu spontan dibelakang isteri dan anaknya. 

@puteriwarda17 part2 bapaknya masuk 🤣🤣 #yassinsenariounion #mybabygirl #anakmamababa #sukasuka #fyp #gegarvaganza2021 ♬ Dj BonBon Remix - 𝓕𝓱𝓪𝓪 🐝 || • 𝐍𝐏

Baru tahu Yassin dah khawin, comel wife & anak... Nak masuk kena halau, abahnya tepuk nyamuk kat belakang

Melihat keruangan komen, ramai peminat yang mengakui baru tahu selebriti yang berumur 44 tahun itu sudah mendirikan rumah tangga. Selain terhibur dengan gelagat lucu Yassin di belakang, mereka juga tidak lupa untuk memuji kecomelan anak dan kecantikan isteri Yassin. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih 1 juta views setakat ini. 





Sumber: Erin Sakura

 Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan