Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak / Bayi Secara Online, 5 Minit Je!

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI UNTUK ANAK / BAYI ONLINE

Tahukah anda, kini pendeposit TH boleh membuat pembukaan akaun secara online saja.

Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI.

Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian (online).

Kemudian anda boleh hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan dengan diberi keutamaan layanan iaitu masa menunggu SEMINIT SAHAJA!

Memang mudahlah kalau nak buka akaun untuk anak atau untuk diri sendiri, terutamanya dalam tempoh PKP ni kan?

Jom tengok perkongsian saudari Areefah Ahmad yang baru sahaja selesai buka akaun Tabung Haji untuk anak (bayi) pada November 2021 ini.

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI UNTUK ANAK / BAYI ONLINE

Baru lepas bukak akaun baby secara atas talian, kemudian sekejap ke pegi activate di cawangan.

Call customer service dia pun tak perlu tunggu berjam-jam untuk jawab. Dia guide macam mana nak bukak akaun anak under pemegang akaun Official : Lembaga Tabung Haji.
Ni nak share, mudah je.

1. Log masuk apps Thijari atau link https://www.thijari.com.my

2. Pilih ‘pembukaan akaun kanak-kanak’ macam dalam gambar Printscreen 1 di bawah.

3. Isi details lengkap dan submit.

4. Once dah siap hantar, akan terima emel pengesahan.

5. Pergi ke cawangan yang dipilih, bawa dokumen berikut:

•> Surat beranak anak & salinan
•> MyKid anak & salinan
•> IC pendaftar (ibu/bapa) & salinan
•> Deposit akaun pembukaan (Minima RM10, dan kalau RM1,310.00 boleh terus daftar haji)
•> bagi baby yang lahir 2021 dan tak ada MyKid lagi, just bawak surat beranak je.

6. Daftar di kaunter, siap. Tak sampai 5 minit pun untuk dia sahkan dokumen.
Semalam buat di IFIC – Islamic Financial Services Center, Putrajaya tak ramai orang pun. Laju je. Boleh walk-in.

Lepas dah daftar, boleh check status dan akaun anak dalam apps thijari tu jugak macam dalam Printscreen 2 di bawah.

Sekarang dah tak dapat buku akaun TH. Kalau tengok dekat resit no giliran tu, ada tulis senarai bank yang boleh linked dengan TH. So untuk cash in or cash out boleh guna bank-bank yang dalam senarai (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Malaysia)

Untuk linked kan ke Maybank2u, bukak maybank2u.com.my > apply > services > Link Tabung Haji Account.

Nak tengok jumlah duit dalam akaun boleh tengok bahagian Wealth.

Untuk transfer online, tekan pay & transfer > Tabung Haji.

* boleh buat dekat website sahaja, tak boleh guna apps

Rujuk artikel ini untuk tutorial langkah demi langkah Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online

Doakan ayah, bonda dan Afya ada rezeki untuk tunaikan haji inshaAllah.


*Sila kongsikan pautan ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan, diharap pautan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga.

*Refresh sekiranya banyak iklan keluar
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan