Bantuan Am Persekutuan JKM: Syarat dan Dokumen Yang Diperlukan

Ketahui syarat kelayakan, kadar bantuan, cara memohon, dan dokumen yang diperlukan untuk Bantuan Am Persekutuan JKM bagi mereka yang layak.

Bantuan Am Persekutuan JKM: Syarat dan Dokumen Yang Diperlukan


Bantuan ini merupakan bantuan tunai yang disediakan oleh kerajaan melalui JKM kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah:

  • Minimum: RM150 sebulan bagi seorang individu.
  • Maksimum: RM500 sebulan bagi sebuah keluarga.


Syarat Kelayakan Utama

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
  • Faktor-faktor lain yang sesuai, mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan, dan tanggungan pemohon.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:


Setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
  • Salah satu salinan bil utiliti (air/elektrik/telefon, dll.) untuk pengesahan alamat.
  • Salinan penyata/slip pengesahan akaun bank terkini.