Permohonan BINGKAS 2025: Bantuan RM300

Permohonan BINGKAS 2025: Bantuan RM300 untuk keluarga berpendapatan rendah di Selangor. Daftar melalui aplikasi Selangkah & dapatkan bantuan kewangan

Permohonan BINGKAS 2025: Bantuan RM300 untuk Keluarga Berpendapatan Rendah


Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan BINGKAS Selangor?

BINGKAS (Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor) adalah inisiatif kebajikan Kerajaan Negeri Selangor yang direka khas untuk membantu meringankan beban kewangan harian keluarga berpendapatan rendah di negeri tersebut. Program ini menawarkan bantuan kewangan bulanan secara konsisten, bertujuan untuk meningkatkan daya tahan ekonomi isi rumah pasca-pandemik. Ketahui butiran penuh mengenai syarat kelayakan, jumlah bantuan, cara Permohonan BINGKAS Selangor 2025 secara online melalui aplikasi Selangkah, serta dokumen penting yang diperlukan.

Syarat Kelayakan Permohonan BINGKAS Selangor 2025

Untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang betul-betul memerlukan, pemohon Permohonan BINGKAS Selangor 2025 wajib memenuhi kriteria berikut:

Kriteria Kelayakan Butiran Terperinci
Warganegara Mestilah Warganegara Malaysia.
Status Tempat Tinggal Pemohon mestilah Lahir di Selangor ATAU menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
Status Pemilih Mestilah Pemilih Berdaftar di mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Negeri Selangor.
Pendapatan Isi Rumah Jumlah pendapatan gaji kasar (termasuk gaji pemohon dan pasangan) adalah RM5,000.00 dan ke bawah sebulan.
Tanggungan Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
Penerima Bantuan Lain Tidak menerima sebarang bantuan serupa daripada agensi Kerajaan Negeri Selangor atau agensi Persekutuan yang lain.

Dokumen Penting yang Perlu Dilampirkan

Sebelum memulakan Permohonan BINGKAS Online, pastikan anda telah menyediakan salinan digital (imbasan/gambar jelas) bagi dokumen-dokumen sokongan ini:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon & Pasangan)
  • Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Lahir/Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan)
  • Slip Gaji / Penyata Pencen Terkini
  • Jika bekerja sendiri, Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian (Bagi Ibu/Bapa Tunggal)

Cara Permohonan BINGKAS Selangor (Langkah Demi Langkah)

Proses permohonan adalah 100% secara dalam talian. Berikut adalah panduan langkah mudah melalui Aplikasi SELANGKAH: atau laman web rasmi: https://bingkasselangor.com/

  1. Pendaftaran dan Log Masuk Selangkah: Muat turun aplikasi SELANGKAH dari Google Play Store atau Apple App Store. Buka aplikasi dan pilih Daftar Baru (jika belum pernah mendaftar). Isikan maklumat peribadi ketua keluarga (suami/isteri yang memohon) dan tetapkan kata laluan. Log Masuk menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang didaftarkan. Download Selangkah: https://play.google.com/store  untuk Apple Store : https://apps.apple.com/
  2. Akses Borang BINGKAS: Di laman utama aplikasi SELANGKAH, tatal ke bahagian State Programs (Program Negeri). Klik ikon BINGKAS. Anda akan diarahkan ke laman web rasmi BINGKAS. Klik pada pautan untuk memulakan permohonan.
  3. Isi Borang Permohonan: Isikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat pada setiap bahagian (Butiran Peribadi, Status Kewangan, Tanggungan, dsb.). Muat naik (upload) semua dokumen sokongan penting yang telah anda sediakan sebelum ini. Pastikan anda mengisytiharkan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan anda adalah pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  4. Semakan dan Penghantaran: Semak semula semua butiran dalam borang bagi mengelakkan kesilapan. Klik butang Hantar. Simpan nombor rujukan permohonan anda.
  5. Video boleh rujuk sini: 

Soalan Lazim (FAQ) BINGKAS Selangor

1. Adakah saya perlu memohon setiap tahun? Setiap permohonan yang telah diluluskan layak menerima manfaat BINGKAS selama 2 tahun. Namun, penerima digalakkan untuk membuat kemas kini akaun pada tahun berikutnya.

2. Di manakah saya boleh menggunakan e-Wallet BINGKAS? e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai, pasar raya, dan premis berdaftar yang terpilih sahaja.

3. Bagaimana jika saya bekerja sendiri dan tiada slip gaji? Anda perlu mendapatkan Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN, Penyelaras DUN, Penghulu Kawasan, atau Ahli Majlis.